Ahad, Oktober 18, 2020

Sejarah Perjalanan KAFA Al Amin Berjaya Park


Tak kenal maka tak cinta.

Begitulah pepatah Melayu dalam menggambarkan peri pentingnya menelusuri latar belakang dan susur galur seseorang individu atau sesebuah organisasi agar wujud perasaan kasih dan sayang terhadapnya.


Atas faktor tersebut, penulisan ini akan membincangkan mengenai sejarah dan perjalanan KAFA Al-Amin Berjaya Park dengan harapan perasaan kasih dan sayang di kalangan pelajar dan ibu bapa menjadi lebih mendalam terhadap institusi ini.


KAFA Al Amin wujud atas kesedaran betapa pentingnya asas pendidikan Islam diberikan kepada anak-anak. Atas inisiatif Ustaz Mohamed Zairi Drahman bersama barisan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Amin yang antaranya terdiri daripada Haji Basri, Encik Shahril, Encik Sujaie dan En Adli, mereka memulakan gerakan bagi mewujudkan kelas pengajian agama kepada anak-anak yang tinggal di Berjaya Park pada bulan Oktober 2011.


Khamis, Oktober 08, 2020

Penangguhan Operasi KAFAI Al-Amin Berjaya Park

Operasi persekolahan KAFAI Al-Amin Berjaya Park ditangguhkan berkuatkuasa 8 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober 2020. Penangguhan ini akan terus berkuatkuasa sehingga terdapat arahan lain oleh Jabatan Agama Islam Selangor melalui suatu pemberitahuan rasmi mengenainya.

Semoga urusan ibu bapa dan guru dipermudahkan sepanjang penangguhan operasi persekolahan ini.

Khamis, Oktober 01, 2020

Intipati Mesyuarat AJK PIBG KAFA Sesi 2020/2021 Kali Pertama


Pada 27 September 2020 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi, telah berlangsung Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2020/2021 Kali Pertama di Bilik Darjah KAFAI Al-Amin Berjaya Park.

Antara intipati Mesyuarat berkenaan untuk makluman dan perhatian ibu bapa adalah seperti berikut:


1. DANA PEMBANGUNAN KAFA

- KAFA memerlukan Dana Pembangunan yang besar untuk menampung pembinaan kabin tambahan untuk dijadikan kelas. Baki sedia adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan keperluan pembangunan KAFA. Sehubungan itu, kerjasama ibu bapa diperlukan bagi memastikan Dana Pembangunan adalah mencukupi.

- Mesyuarat dimaklumkan ketika ini, Dana Pembangunan diperoleh melalui tiga kaedah berikut iaitu penjualan minyak masak (diketuai Ustaz Syawal), edaran kupon sumbangan melalui ibu bapa yang sudi membantu dan kutipan tabung surau yang diletakkan ketika Solat Jumaat.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ketujuh

 


Pada 5 September 2020 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung PIBG KAFAI Al-Amin Berjaya Park Kali Ketujuh. 

Alhamdulillah, mesyuarat telah berlangsung dengan penuh harmoni dan penuh dengan lontaran-lontaran idea agar prestasi akademik anak-anak, kebajikan guru dan persekitaran KAFA sentiasa ditambah baik.

Mesyuarat kali ini turut menyaksikan pelantikan AJK PIBG baru untuk penggal 2020/2021.

Semoga Jawatankuasa baru ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam membantu pimpinan dan para guru di KAFAI Al-Amin Berjaya Park.

Blog KAFAI Al-Amin Berjaya Park


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi meningkatkan lagi komunikasi antara guru dan ibu bapa pelajar KAFAI Al-Amin Berjaya Park, Jawatankuasa PIBG telah bersetuju untuk mewujudkan satu blog khas yang akan digunakan untuk penyebaran maklumat terkini dan aktiviti yang dianjurkan.

Selain blog ini, medium komunikasi semasa yang ada ialah melalui kumpulan Whatsapp dan laman Facebook di pautan https://www.facebook.com/KafaAlamin/.

Pengwujudan blog adalah perlu memandangkan ia lebih memudahkan ibu bapa untuk merujuk kepada hebahan-hebahan yang lepas berbanding menggunakan Facebook atau Whatsapp.

Semoga usaha ini akan memberi ruang kepada ibu bapa agar lebih cakna terhadap keperluan dan bantuan yang dapat diberikan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk anak-anak kita.

Wassalam.