Antara intipati Mesyuarat berkenaan untuk makluman dan perhatian ibu bapa adalah seperti berikut:
1. DANA PEMBANGUNAN KAFA
- KAFA memerlukan Dana Pembangunan yang besar untuk menampung pembinaan kabin tambahan untuk dijadikan kelas. Baki sedia adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan keperluan pembangunan KAFA. Sehubungan itu, kerjasama ibu bapa diperlukan bagi memastikan Dana Pembangunan adalah mencukupi.
- Mesyuarat dimaklumkan ketika ini, Dana Pembangunan diperoleh melalui tiga kaedah berikut iaitu penjualan minyak masak (diketuai Ustaz Syawal), edaran kupon sumbangan melalui ibu bapa yang sudi membantu dan kutipan tabung surau yang diletakkan ketika Solat Jumaat.
- Mesyuarat memutuskan tiga pendekatan sedia ada akan diteruskan dengan tambahan cadangan berikut:
i. setiap AJK PIBG memegang sekurang-kurangnya satu kupon dan membantu dalam kutipan dana.
ii. mengadakan aktiviti "kuponthon" yang diedarkan kepada setiap pelajar dalam tempoh sebulan.
iii. permohonan sumbangan daripada pimpinan politik dan syarikat korporat.
iv. penganjuran majlis makan malam amal (tertakluk kepada situasi semasa Covid-19)
Diharapkan ibu bapa membantu pihak KAFA bagi menambah Dana Pembangunan agar kita dapat menyediakan persekitaran yang kondusif untuk anak-anak kita.
2. STATUS PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 2021
- Mesyuarat dimaklumkan permohonan kemasukan Darjah 1 Tahun 2021 telah ditutup dan seramai 92 orang pelajar telah memohon. Walau bagaimanapun, kemampuan KAFA ketika ini hanya dapat menampung seramai 80 orang pelajar Darjah 1 sahaja.
- Urusan pengesahan kemasukan sedang dilaksanakan dan ibu bapa pelajar yang berjaya akan dihubungi oleh pihak KAFA.
3. KUTIPAN YURAN ONLINE
- Mesyuarat dibentangkan mengenai prototaip Sistem Kutipan Yuran KAFA Secara Online.
- Mesyuarat memutuskan untuk melaksanakan pilot projek sebagai pengujian sistem berkenaan sebelum diterima sepenuhnya pada Tahun 2021. Bagi tujuan berkenaan, kutipan yuran bulanan bagi baki Tahun 2020 akan cuba dilaksanakan menggunakan sistem berkenaan. Pelaksanaannya adalah tertakluk kepada ketersediaan sistem dan persetujuan KAFA.
4. BAKI AKTIVITI TAHUN 2020
- Mesyuarat telah dicadangkan untuk melaksanakan aktiviti khatam Al-Quran secara online, perjumpaan PIBG secara berkala secara online dan program amal secara skop kecil agar lebih ramai ibu bapa secara sukarela tampil untuk membantu.
- Mesyuarat memutuskan untuk meneliti pelaksaan ketiga-tiga cadangan berkenaan. Keutamaan akan diberikan kepada perjumpaan online bersama semua ibu bapa pelajar agar ia dijadikan ruang untuk memberikan pandangan dan maklum balas. Pertemuan online kali pertama dijangkakan akan diadakan pada bulan Oktober 2020.
5. PENUKARAN PENANDATANGAN BUKU CEK
- AJK bersetuju pertukaran penandatangan buku cek dilakukan dengan tanggungjawab berkenaan diberikan kepada Pengerusi, Setiausah dan Bendahari PIBG yang baru.
6. HAL-HAL LAIN
- Mesyuarat memutuskan untuk membawa cadangan kepada Jawatankuasa Surau Al-Amin agar membesarkan pintu masuk di sebelah padang demi keselamatan anak-anak sekiranya berlaku kecemasan.
- Mesyuarat bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan satu blog khas KAFA sebagai medium komunikasi tambahan.
Mesyuarat berakhir pada jam 11.00 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan